Sajian Kelantan
Jimat Masa ! Jimat Ruang ! Janji Kenyang !
Tepung Bungkus
Bahan-bahan Inti
-
1/2 kelapa muda parut
-
1 ketul gula melaka
-
2 cawan air
-
Daun pandan
Bahan-bahan
-
1 cawan tepung beras.
-
2 cawan santan tambah sedikit garam.
-
Daun pisang untuk membungkus.
-
Secubit garam.
Cara-cara
-
Masukkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan ketepikan dahulu.
-
Ambil tepung pulut yang telah dibacuh sedikit dan leperkan.
-
Masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
-
Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau sehingga separuh masak.
-
Layurkan daun pisang di atas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
-
Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
-
Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
-
Sejukkan dan hidangkan.