Sajian Kelantan
Jimat Masa ! Jimat Ruang ! Janji Kenyang !
Kuih Puteri Mandi / Kepek Hidung
Bahan-bahan
-
1 cawan tepung beras
-
Sedikit air kapur
-
1/2 biji kelapa muda parut
-
2 helai daun pandan
-
1/2 cawan gula
-
Perwarna
Cara-cara
-
Tepung beras pulut di campur sedikit dengan air kapur. Masukkan air sedikit demi sedikit dan terus uli hingga doh tidak melekat di tangan dan dibekas.
-
Masukkan sedikit perwarna mengikut kesukaan.
-
Bentukkan doh bulat-bulat kecil dan tekan di tengah-tengah hingga melengkuk.
-
Panaskan air hingga menggelegak. Masukkan doh yang siap dibentuk di dalam air dan angkat bila timbul. Angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk bagi mengelakkan doh melekat.
-
Di periuk berasingan, masakkan air, gula, sedikit garam dan daun pandan hingga larut.
-
Masukkan kelapa muda parut dan kacau hingga pekat.
-
Masukkan kuih yang telah dimasak tadi dalam adunan kuah. Kacau hingga sebati dan sedia dihidangkan.